Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Khamis, 19 Mei 2011

BOLING PADANG????

Hai Semua.....


Huh! tak tahulah sekarang ni mengapa Rusma agak liat untuk menaip coretan di sini kan? Nak kata busy????hm.....(asyik bagi alasan busy jerk kan! tapi ni bukan alasan tau!)Memang busy pun. By the way, dalam coretan kali ni Rusma nak berkongsi bersama - sama dengan semua tentang........BOLING PADANG!(atau dalam bahasa inggerisnya 'LAWN BOWLS'. Apa itu boling padang?


Boling padang ni cara permainannya lebih kurang sama dengan boling biasa, tetapi ade beberapa perbezaannya. Antara perbezaannya adalah tenpin boling biasa kita bermain di indoor lane(lorong) tetapi boling padang pula bermain di gelanggang/padang rumput. Sasaran bagi boling padang bukanlah menjatuhkan pin tetapi bola (atau dalam permainan ini dipanggil bol) yang terhampir atau dekat dengan jack(berwarna putih/kuning besarnya sebesar bola snooker). Rusma pun sejak berpindah di Sepang ni baru berjinak - jinak dengan sukan ni. Ini pun Rusma kebetulan join di dalam kelab Persatuan Boling Padang Sepang Perdana ni. Itu yang Rusma tetiba jatuh cinta dengan sukan ni. Nampak macam senang tapi ia memerlukan kepakaran dan skill yang tinggi. Ini kerana bukan mudah untuk mengagak lontaran (Eh bukan! meleret) bol menghampiri jack. Lagipun lontaran / leretan tersebut bukanlah lurus tetapi memerlukan kepakaran bukaan lengkungan leretan tersebut.(huh! macam dah mula pening ni!)


Jangan risau! sukan ni bukanlah ssesusah mane pun. Kalau kita selalu berlatih Insyaalah mahirlah kan! Oklah....di sini Rusma sertakan beberapa gambar mengenai sukan boling padang.


Ini adalah contoh lontaran....




Ini adalah alat pengukur.

Ini adalah bol dan jack.

Ini adalah contoh lontaran....

Ini adalah contoh lontaran....


Apa - Apapun......' LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA'

Rabu, 18 Mei 2011

MAHARAJA LAWAK........KE AKADEMI FANTASIA....

Hai semua.....


Mesti semua confius ape kene mengena Maharaja Lawak (ML) dan Akademi Fantasia (AF) kan dengan Rusma? Sebenarnya x de kene mengena pu tapi Rusma rasa bukan Rusma sorang jerk tapi sluruh rakyat Malaysia ni tengah demam AF dan ML ni. Sejujurnya Rusma sendiri pun salah sorang peminat program realiti ni.(huh!! sanggup tu x keluar malam hanya semata - mata nak tengok cite nih!)




Korang mesti mempunyai peserta pilihan sendiri kan! Rusma pun ade juga tau! kalu AF Rusma minat giler dengan Azri, Hazama dan Fina manakala ML pulak Rusma minat giler dengan kumpulan Jambu...(huh!tunang Rusma pun suke gile dengan kumpulan jambu sampai sanggup habis kredit puluhan ringgit semata - mata nak undi jambu k!)




Kalau ditanya mengapa Rusma suke gile dengan kumpulan Jambu ni......hm...... pertama sekali Rusma memang minat gile dengan Yus dari Raja Lawak tau! Ade jerk idea yang kadang kala tak terjangkau akal sehingga kering gusi gelak ye! Lawak yang brillian dan bernas tau. (huh!kalu Rusma nak cerita conform 5 hari 5 malam tak habis k!) Tiap - tiap minggu Rusma akan menantikan apakah persembahan lawak yang akan ditonjolkan!




Kalau AF pula sejujurnya walaupun ini adalah AF yang terakhir namun AF kali nih kurang menyengat namun kemasukan Hazama dan Fina membuat AF kali nih best sedikit. Rusma memang minat Hazama kerana dia setiap minggu menonjolkan persembahan yang konsisten dan mantop! bagilah lagu ape pun Insyaallah dia boleh lakukan.




Walau ape - ape pun rancangan realiti sekarang ini makin banyak dan terpulanglah pada kita nak minat sesape pun...hidup tanpa hiburan bagaikan malam tanpa bulan dan bintang....(ceh! bermadah pula Rusma ni kan!) ape - ape pun tepuk dada tanya Iman k!




Ape yang penting......"LALUILAH HIDUP INI DENGAN CERIA..."

Selasa, 17 Mei 2011

LAKSA....YUMMYYYYY.....!!!!!!

Hm..... sorryla dah lama Rusma x update blog nih...(hm....x update lagi....ALASAN.....hehehehe...)sebenarnya Rusma beberapa bulan ni Rusma memang sibuk dengan sukan, kerja dan persiapan. Ops..persiapan ape yek! tunggu....

Sepanjang bulan April dan Mei ni Rusma banyak acara - acara dan agenda - agenda yang Rusma kene hadiri...Kawan rapat Rusma iaitu Marina kawen, sukan PETANDA dalam acara ping pong, badminton, karom dan bola tampar. Hanya sukan itu sahaja yang Rusma boleh sertai...huhuhu....

Oh ya! hari nih 17 Mei 2011 adalah Hari Wesak! Jadi... tentulah hari nih hari cuti kan! Hm.... Hari ni Rusma memasak ikan keli goreng berlado dan sayur campur saje.(masakan orang bujang!)Lepas masak Rusma terus lepak di Shah Alam bersama makcik aka Nana. Lagi pun Rusma nak pergi servis kereta dan relaxs di rumah makcik. Lepas servis, Rusma singgah ke kedai Goreng pisang beratur di Seksyen 19 dan terus balik rumah makcik sebab makcik nak buat LAKSA.....YUMMY!!!

Dah lama Rusma tak menikmati dan merasai Laksa makcik nih....SEDAPPPPP..... terliurlah juga Rusma dibuatnya.....Yummy!!!!! mekacih makcik........

Ape - ape pun....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA....."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...