Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Khamis, 20 Ogos 2009

JAMUAN TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Hai....Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan! Dalam diam x diam esok semua umat Islam khususnya di Malaysia akan menunaikan ibadah rukun Islam yg ketiga iaitu Ibadah puasa. Hem... dan bermakna hari ini merupakan hari terakhir makan2 di siang hari. ha! pasal makan2 ni ofis Rusma telah mengadakan bacaan Yaasin dan Doa Selamat bagi menyambut kedatangan bulan yg mulia ini. So...macam biasalah kitarang org2 perempuan ni kenelah sampai awal dari biasa untuk menyediakan hidangan dan persiapan sebelum jamuan kan. At list kenelah membuat persiapan terakhir sebelum jamuan diadakan kan!

Hem... ini adalah serba sedikit gambar2 yg sempat Rusma rakamkan sebelum...semasa dan selepas jamuan tersebut.
ini Rusma kt tempat duduk Rusmalah. Ya Allah x semenggah langsung mukaku. Macam muka x siap jerk! ;-(

Ini pula kawan Rusma yg duduk berhadapan ngan Rusma. Namenye Norbaizurah tapi kitarang panggil bai jerk!

Inilah antara hidangan utk jamuan tadi. Yum...Yum...banyaknyer!
Erk.....Alhamdulillah.

Itu lak hadiah utuk staff2 yang menyambut hari lahir sepanjang bulan Mei 2009 hingga Ogos 2009.

Napelah CC ku begitu rupanyer! mase ni tgh sibuk menyiapkan hidangan kt meja. oh...lupelak! Name CC Rusma CC Norisah.
hahaa....Ini mase xder kerjalah.Antara hobi Rusma pantang ader kamera mesti amik gambar sendri....malu weh!
ha...name akak ini adalah kak Siti Aisah, kitarang panggil kak Aisah jerk. Biasanyer akak ni ditugaskan utk membuat air teh & teh o. Sedap wo!

ha...Ini lak boss Rusma En. Zaharin. CADO kat sini. Mase ni tgh berucap. kat sebelah tu yg tgh duduk tu EN. Hisham ado Pembangunan Tanah dan yg tgh posing tu adalah CC Rusma.hihihi...
Ini adalah antara staff2 yg menghadiri jamuan ni. x ramai pun.Tapi ader gak yg x dtg sebab kene standby ofis attand public.


Ini gambar Big Boss Rusma..Hensem x?

Wah!...sedapnyer buah-buahan..

Antara makanan yg ader macam nasi lemak, bee hun goreng (wei...lapor nie!), rendang ayam, kueh mueh, ikan keli goreng berlado & banyak lagilah! x terlarat nak tuliskan kat sini....

Alhamdulillah sumenyer dah selesai. So harini hari ni makanlah sepuas-puasnyer sebab esok dah muler puase k!Selamat berpuasa kpd sume kaum keluarga n kengkawan.... MAAF ZAHIR DAN BATIN K!
Last skali laluilah Kehidupan Ini Dengan Keceriaan....

Khamis, 6 Ogos 2009

Pejam celik....Pejam celik sedar2 jerk dah bulan Ogos. Selamat datang kembali bulan kemerdekaan ini setelah setahun menghilang. Oh..Ya!Bulan ini juga akan tiba bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam iaitu bulan RAMADHAN. Hai.... biasanya bulan ini ofis Rusma akan sibuk dengan latihan kawad sempena hari kemerdekaan tetapi disebabkan Ramadhan juga jatuh pada bulan ini, so...tiadalah latihan kawad. Lagipun kat ofis Rusma ni dah sibuk membuat persiapan menyambut puasa dan ader gak yg mengambil kesempatan ini utk persediaan awal menyambut Aidilfitri ni...dan satu lagi, skang nie ramai gak terutama kaum hawa ini mengganti puasa disaat2 akhir...hm....bab ni 'tepuk dada tanyalah iman'.
Persiapan Rusma sederhana jerk. Maklumlah orang bujanglah katakan! x lah pening nak fikir masak apa. Lagipun kat rumah Rusma hanya ada adik dan rakan serumah jerk(3 dara pingitan. hehehe..)bukan ramai pun dan masing2 x cerewet bila bab makan.hihihi....
Beberapa hari kebelakangan ni Rusma agak stress, tensyen dan bengkak diseluruh badan. Bab stress dan tensyen tu leh lagi Rusma handle lagi sebab biasanye Rusma akan tido jerk bile tensyen tapi bab bengkak diseluruh badan ni yg Rusma kerisauan mula melanda. Dah 2 minggu dah Rusma perasan dari kaki hingga ke muka bengkak macam perempuan mengandung 8 bulan. Sendri tengok sendri yg gerun. Jangan kata Rusma jerk risau tapi semua ofismate Rusma turut risau dan bermacamlah petua yg mereka perturunkan. Sayang gak diarang kat Rusma yek!(perasannyer!).
Hari ini Alhamdulillah....Semua ketensyenan dan bengkak2 telah hilang. Skang ni gak bersemangat lagi utk mengharungi hari2 yg akan datang. Rusma percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...yang penting, laluilah kehidupan ini dengan punuh keceriaan......

Selasa, 4 Ogos 2009

TAK RUGI MENJADI ORANG YANG SABAR.....

Benar kata orang-orang tua...."Tak Rugi Menjadi orang yang Sabar".
Wah! bermadahlah pulek.bukan aper, Rusma telah lama bersabar dgn situasi di ofis Rusma. Yelah...mane x nye,orang lain yang punyer pasal orang lain lak yang kene. Mane x rase kechiwa & terkilan di dalam hati.

Bermule dgn kengkawan memulaukan Rusma kat ofis, pas tu lak overtime rusma disekat. Lepas tu lak prestasi Rusma lak masyaallah...Rendah giler mcm Rusma nie memang pekerja yang bermasalah sehinggakan kontrak Rusma pun terjejas x leh renew. Hanya Allah saje yg tahu betapa tergurisnye hati ini. Sebrutal-brutal Rusma pun tetapi hati ni paling mudah tersentuh.

Dan nak dijadikan cerita x semena-mena bos Rusma dari PNS datang turun padang and x semena-mena jugek lah bos Rusma kt sini hangin x tentu hala. Menggelabah gilerlah x tentu pasal.Rusma jugek kene lepasan hanginnye. sabarjerk ler......

Setelah selesai uruskan aper yg bos nak rusma pun slow talklah ngan big bos PNS tentang masalah yg Rusma hadapi kt sini dan jugek Kerisauan Rusma mengenai kontrak Rusma. Alhamdulillah....bos Rusma nak tlg utk slowtalk masalah renew ni kat PNS. Ya Allah! Kau memang Maha Mengetahui....happy gilerler Rusma. Itulah x rugi menjadi orang yang sabar dan memang sabar itu separuh dari iman.....

Tapi yang menjadi persoalannya badan Rusma makin lama makin bengkak dan kepala semakin menjad-jadi pening.Oh kidney....jgnlah kau rosak.Kidny Rusma hanya 1 sajer yg berfungsi dan semua nikmat makan telah ditarik balik.Rusma tetap terima ini semua dgn hati yg terbuka......

Oklah....hadapi hidup ini dengan Tabah dan yg penting skali laluilah kehidupan ini dengan CERIA......
Bye....Bye...Bye....

Ahad, 2 Ogos 2009

KONSERT JELAJAH 11 ERA DI NILAI!!!!

Pernah tak tetiba lain yg dirancang lain pulek yg jadi? Rusma pasti ramai gak yang mengalami sebegitu....kan!Pada hari Sabtu yang lalu Rusma n adik2 perempuan Rusma terdengar radio kegemaran Rusma adakan konsert berdekatan dengan kawasan tempat tinggal Rusma. Mule2 kitarang tak terfikir pun nak pergi skali pabila terdengar yg penjaga replika dapat masuk konsert bahagian vvip, ape lagi tak semena-mena kami terus serang ke sana. Memang tak rugilah kat sana. Artis2 mereka pun syiok layan. Rusma menari pun sampai tak ingat dunia...(bile kenang balik MALU GILER!)hihihihi....
Rusma ni kalau bab layan muzik, badan sakit pun jadi sihat. Tapi yg lagi bestnyerlah akhirnya Rusma dapat banyak T-shirt free. Memang dah lama Rusma idamkan t-shirt ni....Alhamdulillah....Dan tengah syiok2 menari tetiba kat sebelah Rusma ader beberapa DJ tgh layan same gak. takajuik den! ini antara beberapa artis yang menjayakan konsert nie.

Ini Mawar Berduri(kalau x silap) dari kump. Ahli Fikir.
Ni lak Dali Ahli Fikir gak.

Ni. jugak Dari Ahli Fikir tapi....namenyer x ingatlah...hehe..
Ini Liyana Jasmay. Siapa kata dia x leh nyanyi!

Ini gambar Liyana Jasmay jugak. Sajer jerk ambil gambar dia bebanyak.



mase ni dj2 ni tgh berceloteh sementara menunggu artis2 bersiap sedia.
Ni pulak acara bagi t-Shirt. Yay! Rusma pun dapat gak...

dj Adi, Nana n replika Aznil dan Din Beramboi...



Rusma dan adik Rusma posing sebelum konsert.terasa mcm incredible hulk pulek..(Disinari sportlight hijau..)


sebelum konsert ader lak game. 5 penonton bertuah dan paling sporting kene bertanding menari mengikut lagu yg dimainkan secara rambang.



Akak ni pun same gak.Goyang kak!

Budak ni baru jerk 16 tahun tapi skali dia shuffle....terbaik wok!

Rusma menari ala2 joget lambak...Hampeh!

Inilah antara penonton yg paling sporting!


Rusma tgh tunggu giliran. Terasa lak diri ini poyo skejap...hehehee!

incredible hulk versi Malaysia...Nape sume jadi hijau yek?!
Confius!
Inilah antara artis yg menjayakan konsert hari itu. Sebenarnyer banyak lagi artis2 yg buat persembahan pada malam itu. Antaranya 6ixth sense, Jinbara, Diddy Hirdy, Amy Mastura, Pop Shuvit, Ahli Fikir, Ajai, Sofaz dan penyampai2 radio erafm. Rusma syiok sgt layan sampai terlupe lak ambil gambar.ape2 pun, memang x mengecewakanlah walaupun Rusma datang dari jauh.(jauhlah sangat!...) Hope watlah lagi konsert seperti ini pada masa akan datang. Sure Rusma akan datang punyer...Insyaallah
Okey lah!Jangan lupa setiap yg bermula pasti akan berakhir. Tetapi yg penting skali laluilah kehidupan ini dengan ceria....bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...