Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Rabu, 26 Januari 2011

JANUARI 2011......

Maaflah dah lama Rusma tak Update blog ni. Bukan ape sejak dua menjak ni Rusma agak sibuk dengan tugasan ofis dan bersukan sikit...(huh!nak kuruslah kononnye...hehehehe...!!!)
Sepanjang bulan nih banyak jugaklah aktiviti - aktiviti atau agenda - agenda Rusma. Antaranya setiap petang Rusma ader aktiviti sukan seperti ping pong, badminton, karrom dan bowling padang. Lagipun tahun nih Rusma Ada Sukan PETANDA (iaitu Sukan antara Pejabat Tanah dan Daerah seluruh Selangor) dan Sukan Dwi Tahunan (antara jabatan Perbendaharaan Negeri seluruh Malaysia..). Bukanlah Rusma ni taklah 'ATLET' manepun tapi memang minat Rusma dalam bidang sukan nih. Jadi bile ada tournament macam nih Rusma nak ler jugak ambil bahagian. (saje jerk nak meramaikan peserta....hahhaahaha)
Hm...Bagi Rusma sukan nih bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh bahkan sukan ini juga dapat menambahkan kemahiran dan disamping itu ramailer kenalan - kenalan dan sahabat Rusma kan!
Oh...ya! Insyaallah bulan Februari yang akan datang sahabat baik Rusma iaitu Nor Farhana Ishak aka Nana (tapi Rusma panggil dia ' MAKCIK' jerk!hahaha) akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarganya iaitu Faizal Zainal...hm... dah nak kahwin juga makcik ni kan!(Rusma????Insyaalah....nanti Rusma war - warkan yer!)
Rusma rasa itujer lah yang Rusma ingin tulis.(dah panjang sangat nih!) Kita bertemu di lain catatan k! Kepada sume rakan - rakan Rusma minta maaflah kalu ader yang terasa atau terkasar bahasa sepanjang coretan Rusma tau! Rusma doakan sume rakan - rakan bergumbira sepanjang tahun 2011 ini... Akhir skali...."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH CERIAAA...."

Selasa, 4 Januari 2011

SUASANA MAJLIS PERKAHWINAN AZRIL & YANTI


Hari nih Rusma dan Kawan baik Rusma iaitu Farhana aka Nana ada jemputan kawen member lama kami. Sebenarnya kitarang dah lama plan dengan kengkawan kitarang. Antara yang pergi hm.... Shidah, Liza, Alley, Rohaizad, Badrul dan Hairul. sebenarnyer Rusma dah lama tak jumpa dengan diarang. Aderlah dalam 5 hingga 10 tahun(huh!lame tu!).

Ini Rusma buat sedikit kerja tangan (yang tak seberapa nih!) untuk tatapan semua.....

Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...