Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Rabu, 14 Oktober 2009

HARI KEDUA BERKURSUS DI INSTUN

Hari ini hari kedua Rusma berkursus di sini. Tapi ape yg pasti selama itu jugeklah Rusma terpaksa berpuasa fb dan mendengar radio kegemaranku iaitu radio Era.fm. (hm….mane x nyer, tempat Rusma ni dah lah ulu giler…pastu dikelilingi gunung ganang)

Kelas hari ni sangatlah best giler. Yerlah kalau semalam Rusma hampir2 nak tertido di dlm kelas , tetapi hari ini Rusma seronok giler tahap gaban sebab belajar benda yg baru dan menguji kekreatifan Rusma. Maner tak nyer...Kami di ajar bagaimana untuk attach videolah, masukkan soundlah, masukkan animasilah, dan hyperlink. Seronok tak terkata sampai tak sedar masa pun dah nak habis.

Rusma bersama rakan sebilik Rusma kak Haryati keluar ke Pekan Tanjung Malim untuk menghilangkan kebosanan kami. Kalau Kita ni yg dah biasa duduk bandar ni, sangatlah terasa kebosananya. Di sini waktu pukul 7.30 petang. Tetapi bagi mereka yg inginkan ketenangan....Rusma cadangkan disinilah tempatnya....sempat jugaklah kami singgah ke kedai makan untuk menikmati makanan di sini....

Oklah... dah banyak rusma. Ini ader Rusma lampirkan gambar2 untuk tontonan semua...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...