Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT DATANG TAHUN 2010.....

Tanpa sedari tahun 2009 telah melabuhkan tirainya...dan ini bermakna 2010 datang dengan membawa lembaran yang baru.Hm....banyak kenangan dalam tahun 2009 ni...ade yg suke dan ade juga yg menduga ketabahan jiwa. Jika imbas kembali kenangan tahun dalam tahun 2009.....macam - macam peristiwa yg berlaku. Antaranya Rusma mendapat kawan baru, dapat adik ipar baru, suasana kerja yg tidak membebankan, join game dalam petanda seperti bowling, pingpong, bola tampar dan karrom. Huh...banyak gak peristiwa yg tidak dapat Rusma lupakan.
Tahun baru dengan azam baru. Walaupun azam lama tahun 2009 tidak tercapai, namun Rusma tetap memasang azam untuk tahun 2010 nie.hm...Ape azam tahun baru tu...biarlah hanya Rusma sahaja yg tahu k!(nanti malu kalau orang lain tahu yg dah baper tahun punye azam!)hehehe!!
Ape yg pasti tahun baru hari tue Rusma sambut dengan orang tersayang...haha!!!(cinta berputik di Januari 2010 nie!)Sape orangnyer tu biarlah Rusma rahsiakan....yg pasti dia orang MALAYSIA dan BUKAN ORANG SELANGOR atau TERKENAL!!Insyaallah nanti Rusma Bagitauler k!(buat mase ni belum bersedia untuk dedahkannya...) Rusma hanya sambut di kampung-kampung jerk! lagipun Rusma tak pernah sambut kat maner-maner pun!hanya sambut kat rumah jerk!So....takderlah sambut tahun baru tu menjadi kewajipan pun....hehehe!!!
Hm...Mengenai cinta baru nie, ia datang tidak dirancang dan biasalah jodoh pertemuan ajal maut semuanya ditangan Allah.(Ayat klise!) Rusma percaya kalau kita sentiasa bersabar dan berdoa Insyaallah Allah itu Maha Mendengar. Bermula dari diperkenalkan oleh kakak angkat Rusma membuahkan bibit-bibit dan bunga-bunga cinta...(Jiwangnyer!!!)Rusma bersyukur kenal insan yg dipanggil 'ABANG' nie sangat memahami dan menyayangi Rusma. Rusma rasa bahagia sangat disampingnya....(Terima kasih ABANG kerana menerima diri ini seadanya.....!!!!)
hm....hari nie Rusma telah berpindah ofis dari Pejabat Daerah / Tanah Gombak ke Pejabat Daerah Sepang. First day kat sini Rusma dah datang LAMBAT! sebab sesat jalanlah pulak! Suasana disini tidak banyak berbeza tapi aper yang pasti di sini seronok sket.Mungkin baru hari pertama,esok lusa Wallahu'alam.. Insyaalah Rusma akan cuba sesuaikan diri. Lagipun jarak perjalanan yg dekat menjadi motif utama mengapa Rusma nak sangat bertukar ke Sepang.hehehe....Menjimatkan masa dan tiada TOL! Bolehlah Rusma 'MENYIMPAN'..(Almaklumlah!!!nak menamatkan zaman bujanglah katakan....faham-faham jerklah yek!)
Walau bagaimanapun....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA!!!"

2 ulasan:

Ize9 berkata...

Bagusla kalau dah ada pilihan, tak sabar nak makan nasi minyak kajang..

Rusma Gadis Ungu berkata...

hehehe....insyaallah.....
ader jodoh tu rusma akan war2 kan kt sume k!
doa2kan tau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...