Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Selasa, 23 Februari 2010

FAMILY DAY PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR......

21/02/2010

Baru-baru nie Rusma adelah pi Family Day (dipanggil program MESRA) 'PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR' (PNS) yang dulu dikenali dengan nama 'Bendahari Negeri Selangor' di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.Huh!!! Dah lama gak Rusma tak datang kt sini. Last Rusma datang sini pun pada 7 tahun yang dulu. Lama tu!!! Rusma pun baru first time join MESRA PNS. Mule2 tu kekok gak tapi bile dah jumpe kawan baik Rusma iaitu Farhan dari PTD Sabak Bernam dan Kak Siti rase2 ok lah sket....

Lepas parking kereta kat depan pintu entrance tu, kitarang beramai-ramai menunggu bas untuk masuk kt tapak tu punyelah jauh. kalau jalan kaki alamatnya bertelurlah kaki....Dan setiap seorang diberikan sehelai t-shirt dan doorgift. Ade beberapa acara untuk anak dan staff PNS. Ia dimulakan dengan acara senaman earobik... lepas tu untuk staff acara mencari harta karun dan sukaneka pula untuk kanak - kanak dan remaja, karaoke dan persembahan dari DJ2 yang bertugas.
Geng2 yang leh tahan gak kepalanyer!!!


Gerai staff2 BN dan Rusma telah banyak membeli air mineral...
(laku gak air mineral diarang!!!)
Member Rusma yang paling best dan kamcing walaupun dari pejabat yang berbeza......(Farhan atau Rusma panggil dia 'Pak An'...jgn mare Pak An!!!)

doorgift..di dalamnyer ader roti, cup kek, majalah wanita....
(dah tukar ngan pak an) air mineral,tuala dan banyak lagilah!!
(dah lupe pun!!!)


Rusma dah tentulah bujang... So.... Rusma hanya masuk acara senaman earobik dan mencari harta karun. kitarang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5-6 orang peserta. Yang pastinyer hadiah2 nyer menarik jugak! Iaitu untuk juara hamper dan wang tunai berjumlah RM 500, naib juara hamper dan RM 300, tempat ketiga hamper dan RM 200 dan saguhati hamper untuk setiap peserta.... ha!! Rusma di dalam kumpulan 6 dan Pak An lak di dalam kumpulan 1. Kitarang diberikan soalan dan mencari sampul2 yang telah dilekatkan di setiap checkpoint. Semuanyer ade 8 checkpoint..huh!!! Setiap checkpoint2 tu punyerlah jauh!!!! Penat giler!!!


Bajet mase adalah 1 jam , sekali....... 2 jam barulah kitarang dapat menyelesaikan kesemua klu2 yg diberi....huh!!! payah jugak kitarang nak sattlekan sumenyer! dan...... yang pastinyer kitarang adalah kumpulan yang terakhir sampai ke garisan penamat!


Sementara menunggu keputusannyer, kitarang pun mengisi perut yang dah menyanyi lagu metallica ni!! lauknye pun leh tahan gak!! Ade ikan bakar, Ayam goreng rempah, sayur ulam-ulaman dan sambal belacan!!! Sedap gaklah!!Rusma makan ngan Pak An.... Yerlah Rusma memang selesa ngan dia tapi kitarang bukan bercinta k!!(Cik Abang Sayang Rusma dah tau pun & dia ok tau!) Dah selesai mamam (makan) Rusma pun teringin berkaraoke walaupun suara ni sumbang mambang....(sajer jerk nak menggatal nyanyi!!!) Rusma nyanyi lagu JERAT PERCINTAAN dari Dato' Siti.... Lepas nyanyi tu ade plak request lagi satu lagu Dato' Siti.....huh!!! Terfikir gak Rusma lagu aper yek????lepas fikir punya fikir Rusma pun nyanyilah lagu PERCAYALAH!!! (jangan tak percaya lak!!! feeling beb!!)
Selepas tunggu punya tunggu, acara yang ditunggu2 telah tiba iaitu keputusan mencari harta karun. Kumpulan Rusma memang dah target tempat terakhir, sekali....... kumpulan kitarang dapat no. 6 daripada 10 kumpulan!!! gembira sakan kitarang!!!!! (at lease bukan last k!!)Oklah tu...
Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Rusma pun dah penat giler dan berpakat dengan Kak Siti nak chow jerk! skali bas yang amik kitarang tu dah blahlah pulak!!! nak tak nak kitarang kenelah berjalan kaki untuk ke parking kereta!!!(huhu....jalan kaki lagi!!!conform2 balik karang terus tido!!!) Tapi Alhamdulillah.... Ader gak van BN yang kebetulan melalui kat situ menumpangkan kitarang.. (Sebenor nyer dah separuh jalanpun!) Rusma sampai Rumah pada jam 4 petang....
Inilah antara kenangan yang indah semasa program mesra ni....Kepada Farhan...thanks ler...ko memang member yang best!!! Tapi apa yang pasti....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...