Hm....Pejam celik dah nak habis bulan 'APRIL' kan! Macam - Macam peristiwalah dalam bulan April ni. Antaranya......Rusma bergaduh dengan seorang hamba Allah ni sehingga jumpe dengan big boss ni, duit shot di kaunter sehingga Rusma terpaksa menggantikannya dengan duit sendirilah dan yang paling sedihnyerlah..perginye pakcik Rusma ke Rahmatullah.. :-(
Di awal bulan tu ader majlis kenduri kahwin adik Rusma dan di dalam masa yang sama ulangtahun hari lahir adik Rusma iaitu 'ANGAH' .Ha.....memang sibuklah pada awal bulan. Tentang hubungan Rusma dan insan yang Rusma panggil 'ABANG' masih seperti biasa. Menghitung hari - hari sebelum kami ditunangkan(huh!!tak sabar rasenyer) Tetapi pada hari Sabtunyer pulak kene kerja....sebab tarikh tutup pembayaran cukai tanah dah dekat....So...Kenelah buka kaunter....
Pada minggu yang terakhir pula Paklong Rusma tenat dan menghembuskan nafas terakhir di wad PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya).... Dalam Hati tu aderlah ralat sikit sebab Rusma tak sempat jumpa pada hari terakhir tapi Rusma terima semuanya....(Paklong dulu pernah gak jaga rusma mase kecik - kecik dulu!!!) Rusma sempat gak melawat dari saat Paklong sampai dari hospital hingga di kebumikan......Semoga roh Paklong di tempatkan bersama orang - orang beriman.