Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Khamis, 1 Julai 2010

AKHIRNYA.....HARI PERTUNANGANKU.......

9 MEI 2010


Assalamualaikum......


Dah lama Rusma tak update blog ni kan!bukan aper....Selama 2 bulan ni Rusma agak (bukan agak lagi!)memang sibuk pun. Terutamanya tarikh nie Rusma sibuk membuat persiapan pertunangan di antara 'Rusma dan Hizam'....
Sebenarnya Rusma bagaikan tak percaya jerk...(dalam hati rasa betul ke aku dah nak bertunang???)hahahaha....Lagipun Rusma dan Insan yang dipanggil 'Abang' tu baru beberapa bulan jerk kenal...Tentu Rusma rasa macam mimpi..
Majlis pertunangan Rusma telah dirancang sejak bulan Februari lagi. Sebenarnya family Rusma tak mahu Rusma berkawan ke sana kesini berdua-duaan tak tentu hala. So family Rusma dan Family Abang dah sepakat nak tunangkan kami secepat yang mungkin...So...Kami dah bersetuju buat majlis tunang tu pada 1hb Mei 2010....Tetapi oleh kerana beberapa kesulitan kitarang terpaksa menunda tarikh tersebut kepada 9 Mei 2010....
Majlis pertunangan tu Rusma buat secara kecil-kecilan....hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai yang terdekat sahaja. Bukan majlis kahwin pun..Hm..Warna tema hantaran pula pihak lelaki berwarna hitam dan putih(mentang-mentanglah Abang tu dari Pahang! warna pun nak ikut bendera negeri Pahang!!)hehe....dan Rusma pula seperti sedia maklum bukan warna unggu tetapi warna pink putih..(sebenarnyer rusma dah tempah baju tunang awal-awal sebelum bincang pasal tunang pun!hehehe...)
Hantaran pun dah bincang pihak lelaki 7 dan pihak perempuan sembilan.....alih-alih mase tunang tu pihak lelaki bawak 12 dulang!!!(banyak tu!!!saper nak jawab???)Alasannya ramai kengkawan yang sponsor....tu yang terlebih tu.
Sebernarnya masa pertunangan tu Rusma x dengar pun aper yang mereka bincang pun. Iyer lah Rusma kene kuarentin di blik atas dan Abang pulak tak dibenarkan masuk..tapi ader gak jenguk-jenguk kat bawah.(nak jugak tahu kan!)oh ya!pihak lelaki bertolak dari Pahang pada pukul 8 pagi dan sampai di rumah Rusma pada pukul 1.00 Petang. (diarang sesat, tu yang lambat!!!) Rombongan Abang datang 13 buah kereta dan yang lebih Rusma terharu ibunda Abang pun sanggup datang walaupun berkerusi roda. (Emak abang sakit...)
Mase perbincangan tu dalam hati Rusma ni usahlah nak kata.....macam-macam perasaan ader. Hm...rasa berdebar-debar,gemuruh, takut, seram sejuk pun ader.....
Setelah mencapai kata sepakat, Rusma di panggil ke bawah untuk acara sarung cincin.... Mula-mula nak dilakukan kat pelamin yang disediakan.... alih-alih disebabkan Emak Abang tak mampu berjalan, jadi Rusmalah terpaksa pergi ke arah Emak Abang untuk disarungkan cincin.
Alhamdulillah....bersyukur kehadrat Allah majlis tersebut berjalan seperti dirancangkan.Terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan majlis ini. Di bawah adalah antara gambar-gambar untuk tatapan semua........



Emak Abang Dan Rusma selepas Acara Pertunangan dan barangan hantaran Pertunangan Rusma....


Rusma di pelamin mini......Rusma dan Abang bersama-sama hantaran (selepas tunang)


Rusma dan abang...(nilah Abang..) dan Gambar Rusma bersama Saudara mara


Inilah cincin tunang dan risik Rusma.....dan acara penyarungan cincin oleh ibu Abang...


Gambar hantaran Rusma dan Pelamin



Antara Hantaran Rusma untuk Abang



Antara hantaran Rusma untuk Abang


antara hantaran Rusma untuk Abang


Antara hantaran Rusma untuk Abang

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...