dah lama Rusma tak menulis kan!Beberapa minggu ni Rusma sibuk sikit dengan kerja-kerja Rusma, kahwin makcik dan kawan baik Rusma(iaitu Nor Farhana Ishak aka MAKCIK aka NANA bersama pilihan keluarganya Faizal dan Amy Yusuf aka Acu bersama pilihan hatinya Ajib aka Paksu).
sebenarnya bukan tu yang Rusma nak cerita..semalam Rusma bercuti dan hanya lepak-lepak sahaja di rumah. Oleh kerana perutku dah terlalu lapar, Rusma pun pergilah ke dapur untuk memasak ape-ape yang patut untuk mengisi perutku yang dah lama menyanyi lagu metallica nih! tengah memanaskan kuali tu....tiba-tiba api pada kuali menjadi BESAR DAN MARAK! huh! nasiblah Rusma tak PANIC! Apa lagi Rusma pun bertindak dengan menutup api dapur dan biarkan seketika(sebab api dah besar sangat sambil berfikir apa tindakan seterusnya.....???!!!)apa lagi...berasaplah satu rumah Rusma!bila dah tengok api dak berkurangan sikit Rusma pun ambil kuali tuh dan terus meletaknya di dalam sinki dan lalukan pada air yang mengalir...huh!nasiblah tiada ape-ape yang terbakar.
Bila semua dah ok Rusma pun sambung balik memasak tetapi dalam keadaan hati-hati.Tapi bile Rusma lihat balik dinding Dapur Rusma....mak...ai!ade pulak kesan asap hitam!(konfom adik Rusma tahu...hehehehe!)
Pengajarannyer apabila terjadi sesuatu pertama-tama sekali jangan PANIC!!!bertenang dan berfikir pantas apa tindakan yang sewajarnya k!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan