Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Selasa, 23 Ogos 2011

RAMADHAN........

Hai Semua....


Huh! Dah lama Rusma tak merajinkan diri ini menaip atau lebih tepat lagi coretkan di sini kan! Bukan apa sekarang ni Rusma memang sibuk dengan kerja-kerja di ofis dan persiapan Raya yang tak beberapa lama lagi. Tetapi yang penting sekali 'PERSIAPAN PERKAHWINAN' sendiri nih!(ini betul-betul k bukan alasan tau!)Hm...iyelah! Rusma kan tak lama lagi akan melangkah ke alam baru...(huh!berdebar usahlah kata..takut pun ade beb!)dari 'CIK' ke 'PUAN', dari 'ANAK DARA ORANG' ke 'ISTERI ORANG'....(kalu jermennya 'MISS' to 'MRS.'...) So....tentulah banyak persiapan yang Rusma dan Keluarga yang perlu...


Oh ya! Dah melalut Rusma nih! Maklumlah bulan Ramadhan tu! Bulan yang dinanti-nanti oleh Umat Islam Seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan, pahala dan keampunan dariNya.hm...Bulan Ramadhan ni Rusma takdelah aktiviti sukan.(rehat jap) Tetapi tiap-tiap hari Rusma berbuka di ofis(memang tak sempat pun!). Biasanya berbuka 3 orang saja iaitu Pipah, En. Mus dan Rusma...huhuhu...sedih tu!hari minggu pulak barulah rasa berbuka dengan keluarga.


Ini dah tahun ke-5 Rusma berpuasa tanpa mama tersayang!(adoiy!!!sedih pulak!)dan tahun yang terakhir sebagai 'Orang Bujang'! iyalah mulai tahun depan Rusma Berpuasa bersama-sama 'Suami'(mase tu dah suami k!)hm....Tungguje lah k!


Sebelum Rusma melalut lebih panjang lagi pertama-tama sekali Rusma nak mohon Ampun dan Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua yang mengenali Rusma. Kalau terkasar bahasa sepanjang coretan ini ke, termaki ke, terkutuk ke, atau ape-ape yang Rusma telah mengguris perasaan semua secara sengaja ke atau tak sengaja tu harap-harap maafkan lah dan jangan di simpan di dalam hati...


Apae-apepun....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA...."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...