Pejam celik....sedar tak sedar 2 hari lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita dan tahun 2012 pula datang dengan pelbagai warna warni kehidupan. hm.... Pada Rusma tahun 2011 ni banyak suka duka, kenangan pahit dan kenangan manis terlakar di dalam hidup Rusma. Tahun ni banyak peristiwa-peristiwa yang tidak mungkin Rusma lupakan. Antaranya Rusma di tempatkan di tempat baru, bertukar status dari cik ke puan, tambah tanggungjawab baru, rumah baru (walaupun kuarters jerk), dan dunia baru....huh! Rusma rasa macam di dalam mimpi jer kan!
Hari ini juga tahun akhir Rusma di dalam 20-an (2 series). Tahun 2012 Rusma dah masuk di alam 30-an (3 series). hm... Harapan Rusma tahun 2012 ni memberi 1001 kenangan manis dan tuah....(hehehehe...) Kepada semua yang sempat singgah di blog yang tak seberapa ni..... Rusma minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki k!
Selamat tinggal 2011 dan Selamat Datang tahun 2012.... ^_^
Apa-apapun..... "LALUILAH KEHUDUPAN INI DENGAN CERIA!^_^"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan