Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Khamis, 6 Ogos 2009

Pejam celik....Pejam celik sedar2 jerk dah bulan Ogos. Selamat datang kembali bulan kemerdekaan ini setelah setahun menghilang. Oh..Ya!Bulan ini juga akan tiba bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam iaitu bulan RAMADHAN. Hai.... biasanya bulan ini ofis Rusma akan sibuk dengan latihan kawad sempena hari kemerdekaan tetapi disebabkan Ramadhan juga jatuh pada bulan ini, so...tiadalah latihan kawad. Lagipun kat ofis Rusma ni dah sibuk membuat persiapan menyambut puasa dan ader gak yg mengambil kesempatan ini utk persediaan awal menyambut Aidilfitri ni...dan satu lagi, skang nie ramai gak terutama kaum hawa ini mengganti puasa disaat2 akhir...hm....bab ni 'tepuk dada tanyalah iman'.
Persiapan Rusma sederhana jerk. Maklumlah orang bujanglah katakan! x lah pening nak fikir masak apa. Lagipun kat rumah Rusma hanya ada adik dan rakan serumah jerk(3 dara pingitan. hehehe..)bukan ramai pun dan masing2 x cerewet bila bab makan.hihihi....
Beberapa hari kebelakangan ni Rusma agak stress, tensyen dan bengkak diseluruh badan. Bab stress dan tensyen tu leh lagi Rusma handle lagi sebab biasanye Rusma akan tido jerk bile tensyen tapi bab bengkak diseluruh badan ni yg Rusma kerisauan mula melanda. Dah 2 minggu dah Rusma perasan dari kaki hingga ke muka bengkak macam perempuan mengandung 8 bulan. Sendri tengok sendri yg gerun. Jangan kata Rusma jerk risau tapi semua ofismate Rusma turut risau dan bermacamlah petua yg mereka perturunkan. Sayang gak diarang kat Rusma yek!(perasannyer!).
Hari ini Alhamdulillah....Semua ketensyenan dan bengkak2 telah hilang. Skang ni gak bersemangat lagi utk mengharungi hari2 yg akan datang. Rusma percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...yang penting, laluilah kehidupan ini dengan punuh keceriaan......

1 ulasan:

mail lambong berkata...

jemput ke blog faizal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...