Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Ahad, 28 Februari 2010

'HAPPY BIRTHDAY NOR FARHANA AKA NANA '

Kenangan Rusma bersama Nana....

NOR FARHANA AKA NANA....
"Happy Birthday to you.....3x (dlm keadaan menyanyi....tapi nyanyi sendri k!)
happy birthday yg ke???? smoga dipanjangkan umur dan dmurahkan rezki yr melimpah ruah serta dipertemukan jodoh!!!!"
Hari ini adalah birthday kawan baikku iaitu 'NANA'. Tepat pukul 12 malam Rusma call Nana dan wish kt dier. Yg wish kt atas tu Rusma tulis kat fb 'facebook' dia!hm....Rusma akui Nana adalah sahabat yg paling rapat ngan Rusma. Susah senang kitarang harungi bersama. byk gak kenangan yg indah. Pejam celik....pejam celik dah 14 tahun kitarang dh berkawan.
For Nana, Rusma sayang sgt kt makcik walau aper jua dugaan Rusma tetap sayang makcik!!!!

Khamis, 25 Februari 2010

HAPPY....HAPPY....HAPPY.....SANGAT!!!!

24/02/2010

Hari ini Rusma happy sangat sebab Rusma dah jadi 'UNTY'...Ini kerana adik iparku telah bersalin baby boy....namanya MUHAMMAD IZZ IQBAL BIN MOHD KHALID. Rusma sempatlah pi tgk keadaan adik iparku dan baby. Alhamdulillah sihat sumer nyer. Biler Rusma tgk anak buah sulung Rusma....rase mcm best sgt dan dlm hati Rusma berbisik 'dah jadi makciklak aku nie yek!'

Oh ya! hari ni ofis Rusma aderkan jamuan perpisahan untuk staf2 yang telah berpindah ke unit lain. jamuan tu diadakan kat 'OLDTOWN KOPITIAM'.Hm....sedap gak makanan di sini dan yang best skali kitarang leh oder sendri tau! lihatlah gambar2 yang Rusma lampirkan di sini.

Yang penting....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA".....

Antara hidangan yg kami pesan!
Inilah MANES.....staff yg diraikan!
Antara hidangan yg kami pesan! Mihun Tom Yam.... I like!!!!

Pormote nampak!!!

Huh!!!sedap x terkata!

Alang2 orang blanje....balun beb!!!!

Antara Staff yg datang....dari depan (En. Azrul, CC Norzan, En. din, Kak Maziah, Manes, Kak Liza)

Rusma dan Manes....

OT...OT..OT...DAN KUTIPAN LUAR!!!!!!!

24/02/2010

Hai sume.....
Hari ini tentu ramai yang sedang seronok bercuti bersama keluarga kan! al-maklumlah cuti hujung minggu kan! Tentu banyak aktivi dah agenda yang dilakukan untuk menghabiskan masa pada hujung2 minggu ni. Hm.... Sebenarnya hari ni Rusma bersama 4 orang rakan sekerja terpaksa mengorban masa cuti kitarang demi tugas. Sebenornyer kitarang kene membuka kaunter (kutipan luar) di 'KARNIVAL MESRA RAKYAT' anjuran JKKK kampung Abu Bakar Baginda, Sepang. Selain Pejabat kitarang, ade beberapa jabatan dan agensi2 kerajaan yang menyertai karnival ini. huh!!! Walaupun cuaca sekrang ni panas terik dan kemarau, namun pengunjungnya bleh tahan jugak ramainya....
Oh...ya! Lupa lak nak bagitau saperlah rakan2 Rusma yang bertugas yek pada hari ni....hm.... Kitarang ni adalah Rusma, Nas, Yana, Fadzli dan pembantu akaun kitarang iaitu En. Hilmi. Em... Seronok jugaklah dan taklah boring sangat. Kitarang kene bertugas dari 8 pagi hingga 2 petang.

En. Hilmi, Fadzli, Nas dan Yana sibuk membuka kaunter dan menyusun peralatan du kaunter sehinggakan tak sedar yang Rusma ambil pic ni....hihihih

Kitarang bergambar sebelum kitarang balik.....(penat beb!)
Hm...Sebenarnya kitarang target xderlah banyak kutipan. Yerlah memandangkan last minit penyertaan dan sudah semestinya tiada makluman dan promosi tetapi ternyata sangkaan kami meleset. Ade gak kutipan...hehehe...
Ini adalah pengalaman pertama Rusma menjalankan kutipan luar ni. Seronok gak dan banyak gak yang Rusma pelajari.... Apa yang penting...."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH CERIA!!!"

Selasa, 23 Februari 2010

FAMILY DAY PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR......

21/02/2010

Baru-baru nie Rusma adelah pi Family Day (dipanggil program MESRA) 'PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR' (PNS) yang dulu dikenali dengan nama 'Bendahari Negeri Selangor' di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.Huh!!! Dah lama gak Rusma tak datang kt sini. Last Rusma datang sini pun pada 7 tahun yang dulu. Lama tu!!! Rusma pun baru first time join MESRA PNS. Mule2 tu kekok gak tapi bile dah jumpe kawan baik Rusma iaitu Farhan dari PTD Sabak Bernam dan Kak Siti rase2 ok lah sket....

Lepas parking kereta kat depan pintu entrance tu, kitarang beramai-ramai menunggu bas untuk masuk kt tapak tu punyelah jauh. kalau jalan kaki alamatnya bertelurlah kaki....Dan setiap seorang diberikan sehelai t-shirt dan doorgift. Ade beberapa acara untuk anak dan staff PNS. Ia dimulakan dengan acara senaman earobik... lepas tu untuk staff acara mencari harta karun dan sukaneka pula untuk kanak - kanak dan remaja, karaoke dan persembahan dari DJ2 yang bertugas.
Geng2 yang leh tahan gak kepalanyer!!!


Gerai staff2 BN dan Rusma telah banyak membeli air mineral...
(laku gak air mineral diarang!!!)
Member Rusma yang paling best dan kamcing walaupun dari pejabat yang berbeza......(Farhan atau Rusma panggil dia 'Pak An'...jgn mare Pak An!!!)

doorgift..di dalamnyer ader roti, cup kek, majalah wanita....
(dah tukar ngan pak an) air mineral,tuala dan banyak lagilah!!
(dah lupe pun!!!)


Rusma dah tentulah bujang... So.... Rusma hanya masuk acara senaman earobik dan mencari harta karun. kitarang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5-6 orang peserta. Yang pastinyer hadiah2 nyer menarik jugak! Iaitu untuk juara hamper dan wang tunai berjumlah RM 500, naib juara hamper dan RM 300, tempat ketiga hamper dan RM 200 dan saguhati hamper untuk setiap peserta.... ha!! Rusma di dalam kumpulan 6 dan Pak An lak di dalam kumpulan 1. Kitarang diberikan soalan dan mencari sampul2 yang telah dilekatkan di setiap checkpoint. Semuanyer ade 8 checkpoint..huh!!! Setiap checkpoint2 tu punyerlah jauh!!!! Penat giler!!!


Bajet mase adalah 1 jam , sekali....... 2 jam barulah kitarang dapat menyelesaikan kesemua klu2 yg diberi....huh!!! payah jugak kitarang nak sattlekan sumenyer! dan...... yang pastinyer kitarang adalah kumpulan yang terakhir sampai ke garisan penamat!


Sementara menunggu keputusannyer, kitarang pun mengisi perut yang dah menyanyi lagu metallica ni!! lauknye pun leh tahan gak!! Ade ikan bakar, Ayam goreng rempah, sayur ulam-ulaman dan sambal belacan!!! Sedap gaklah!!Rusma makan ngan Pak An.... Yerlah Rusma memang selesa ngan dia tapi kitarang bukan bercinta k!!(Cik Abang Sayang Rusma dah tau pun & dia ok tau!) Dah selesai mamam (makan) Rusma pun teringin berkaraoke walaupun suara ni sumbang mambang....(sajer jerk nak menggatal nyanyi!!!) Rusma nyanyi lagu JERAT PERCINTAAN dari Dato' Siti.... Lepas nyanyi tu ade plak request lagi satu lagu Dato' Siti.....huh!!! Terfikir gak Rusma lagu aper yek????lepas fikir punya fikir Rusma pun nyanyilah lagu PERCAYALAH!!! (jangan tak percaya lak!!! feeling beb!!)
Selepas tunggu punya tunggu, acara yang ditunggu2 telah tiba iaitu keputusan mencari harta karun. Kumpulan Rusma memang dah target tempat terakhir, sekali....... kumpulan kitarang dapat no. 6 daripada 10 kumpulan!!! gembira sakan kitarang!!!!! (at lease bukan last k!!)Oklah tu...
Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Rusma pun dah penat giler dan berpakat dengan Kak Siti nak chow jerk! skali bas yang amik kitarang tu dah blahlah pulak!!! nak tak nak kitarang kenelah berjalan kaki untuk ke parking kereta!!!(huhu....jalan kaki lagi!!!conform2 balik karang terus tido!!!) Tapi Alhamdulillah.... Ader gak van BN yang kebetulan melalui kat situ menumpangkan kitarang.. (Sebenor nyer dah separuh jalanpun!) Rusma sampai Rumah pada jam 4 petang....
Inilah antara kenangan yang indah semasa program mesra ni....Kepada Farhan...thanks ler...ko memang member yang best!!! Tapi apa yang pasti....."LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA"

Khamis, 18 Februari 2010

BENAR ATAU KEBETULAN??????

Adakah korang akan percaya dengan petua orang tua-tua dolu-dolu? Bukannyer aku tidak percaya tetapi itulah hakikatnyer. Begini ceritanye........
Rusma nie bukanlah tak percaya sgt dgn petua-petua org dolu-dolu ni, ader gak petua-petua yg Rusma amalkan terutama di dalam masakan. Pernah gak Rusma lihat dalam family Rusma mengamalkan beberapa petua antaranya apabila musim-musim perkahwinan. Ader petua mencampakkan pakaian pengantin perempuan ke atas bumbunglah, bakal pasangan penganti tidak dibenarkan berjumpa sebulan sebelum majlis perkahwinanlah, dan yg petua yg Rusma paling ingat dan pelik adalah merebus anak lesung batu jangan sampai kering sepanjang majlis perkahwinan / persandingan tersebut. Huh!.. ini kisah benar yg pernah terjadi tau!(bukanyer lawak atau rekaan k!)....
Sebenornye....hm....Rusma tetiba jerk terfikir napelah sampai la ni masih lg takde teman hidup??? Adakah aku ni berat jodoh??? hm...Ader pulak dah suker2 cop Rusma dgn gelaran'ANDALUSIA'....(SUKE2 HATI BINI TIRI KORANG JERK!)!!!!....
So....Aderlah kengkawan yang baik hati memberi Rusma doa2 dan petua2 untuk cepat dapat jodoh.Antaranya doa pengasihlah, doa Pembuka 12 Pintulah, mandi bawah jambatanlah(betulker ni???!!!) dan curik daun sireh orang bertunang....Mula-mula Rusma aderlah amalkan doa2 yg diberi tu....tapi yg petua tu agak confiusler...yerlah! Ade ker patut nak mandi bawah jambatan????Hilang akal aper???!!! Gile kalau Rusma buat. Tapi petua yg curi tu terfikir gak,betul ker???!!! Tetiba kawan lame Rusma jemputlah kt majlis pertunangannya. So aper lagi Rusma dan Nana menjalankan misi 'MENCURI DAUN SIREH JUNJUNG' ler!!!Hahahaha......mule2 tu memang lawaklah tapi bagi orang tue2 kalu nampak anak dare ni curik daun sireh ni dah faham pun!(tah2 mase diarang mude2 dolu2 pun penah wat gak!) Tapi yg tak best nyer tu kene makan!!! Aduh...macam mana Rusma nak telan ni???Ah!!! Telan jerk lah!....
Pas tu Rusma pun amalkan doa2 yg diberikan. Tapi nak dijadikan cerita, bulan 12 hari tu Rusma aderlah kenal2 dgn sorang lelaki ni. Rusma kenal pun melalui kakak angkat(dia kawan baik husband kakak angkat). Sebenor lepas junmpe tu keesokan hari nyer adelah majlis pertunangan Acu Rusma. Hehehehe.....ape lagi Rusma pun bertekad curiklah daun sireh junjung Acu Rusma. Tapi Rusma tak makan pun. Simpan jerk di dalam beg! So...tak der pun yang berlaku!....
Setelah masuk bulan Februari ni Rusma pun bawaklah Cik Abang ni berjumpa dgn CEO Rusma(ayahlah!).Tup-tup tetiba jerk Abah ngan mama Yan berkenan dan terus berbincang pasal 'BERTUNANG'!Biar betul! Rusma baru kenal Abang ni tak sampai 2 bulan pun! Itulah...kalau dah jodoh tu tak kemana...Terfikir gak Rusma 'Adakah Rusma Dah Sedia?'Hem.....kalau tunggu sedia tu, sampai tua Rusma tak sedia kan! Dan yang pastinyer sumer marah kt Rusma sebab Rusma tak bagitau kt Diarang....(macam maner nak bagitau!!tak rancang pun!Rusma pun tak sangka beb!)Bile tarikhnya tu nanti2 lah!!! Rusma wat kecil2lan jerk...Hanya keluarga dan kawan terdekat jerk yg dijemput....Sorry yek!!!
Hehehe....tu yang Rusma terfikir.....Dimana ader usaha di situ ader jalan. Usah mudah putus asa dan serik untuk mencuba!!!
Doakan Rusma ok!akhir sekali.............. "LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA!!!!!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...