Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Rabu, 7 Julai 2010

KURSUS....KURSUS...KURSUS......(Di INSTUN,Behrang,Perak)

5 Mei - 8 Mei 2010

Hai semua...
Mesti korang pelikkan mengapa ade tarikh siap 3 hari kan! Sebenarnya pada tarikh ni Rusma telah menjalani kursus komputer (microsoft Excel 2007) di INSTUN. Sebenarnya Rusma dah lama tidak berkursus di sini. rindu pulak rasanya.(last pun tahun lepas...)
Bagi Rusma berkursus adalah masa bercuti kerana masa berkursusnilah Rusma tidak diganggu dengan kerja-kerja di ofis(tu yang aman..huhu!!) Tapi yang tak bestnye rusma pergi seorang jerk!! Tapi okeylah jugak at list Rusma telah berjumpa dengan kengkawan yang baru dan rakan sekursus yang pernah datang INSTUN tahun lepas.
Sampai-sampai jerk Rusma telah berkenalan dengan rakan sebilik Rusma dari LPPKN PERAK, dan namanya Anis Azila. Alhamdulillah seronok jugaklah roommate Rusma ni. Sekepala jugaklah!
Di sini banyak gak lah Rusma berlajar selok belok penggunaan Excel ni. Bukannye Rusma tidak pandai tapi Rusma ni gila ilmu....(suka mencari ilmu!!) Dan ini menjadikan kerja Rusma menjadi lebih mudahlah bile balik di Sepang nanti.
Oh ya!! Lupa pulak di sini Rusma tinggal di hostel ala-ala hotel. di sini jugak ade TV, Seterika, jug masak air, toilet yang bersih dan yang penting sekali ade mesin basuh(takdelah Rusma bawak baju kotor balik umah yek!!!hihihihi....)hm...Bab sukan pun ade disediakan...court badminton, bola tampat, padang bola dan juga kolam renang. Jangan tak tahu perpustakaan pun ada. Pendek kata memang best giler!!!!
Banyak pula Rusma bercerita. Hm...kalau nak bercerita pengalaman Rusma di sini memang tak cukup tempatlah Rusma nak taip.Oh ya! Rusma lupa lagi.... Rusma nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf-staf INSTUN yang memberi layanan mesra dan baik terutamanya kepada En. Izwan, cik Nurul, Cik syazwani dan En. Sulaimi kerana sudi mengajar kami semua...
Bila time kami nak balik, kami rasa macam berat jerk. Ini disebabkan kami dah rapat macam adik-beradik..(Rusma sayang korang....Ahu, Kak Zetty dan Anis...) Tapi apa yang penting....'LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA....'
Ini antara gambar-gambar yang sempat Rusma pamerkan untuk tatapan semua....


Gambar kami 'Empat Sekawan'...kak Zetty, Ahu, Anis dan Rusma...


Gambar Rusma di dalam kelas....
Gambar Anis dan suasana di dalam kelas Rusma...
Suasana semasa di dalam kelas...


Gambar Ahu dan Kak Zetty..


Gambar di dalam bilik hostel...


Gambar di dalam bilik hostel....



Gambar di dalam bilik hostel.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...