Wuah!!!! Semakin lama semakin pupuslah staf di unit ni..Bermula dengan Kak Maziah berpindah ke unit pentadbiran..lepas tu Mek @ Memey (Harnida) yang berpindah kerana dapat kerja tetap dan hari ni pulak Che Anis pula pindah juga dapat kerja tetap...(bile pula aku nak dapat kerja tetap ni!)
Walaupun Rusma baru 7 bulan di sini, tetapi Rusma dah rasa sayang seperti adik beradik dah! Jadi bile ada jerk yang pindah memanglah terasa sangat! Hm...walau apepun Rusma doakan yang terbaik untuk mereka.
Hah! ape yang rusma tak boleh lupa tentang Che Anis ni...dia seorang yang sangat pendiam dan memang susahlah nak dengar suara dia ni. Kadang kala Rusma rasa dia dengar ke? atau mukanya memang kalau orang salah anggap tak de perasaan...(jangan marah Che Anis!!!) Tapi bila dah kenal barulah tau dia memang macam tu! Seorang baik hati dan rajin berkerja...huhuhu... Dan sebelum Che Anis pindah, dia ade berikan semua staf hadiah sebagai kenang-kenangan...(ni yang buat Rusma sedih ni!!!)Terima kasih Che Anis!!!!
Rusma harap Che Anis berjaya dan gembira dengan tempat baru k! Rusma sentiasa doakan yang terbaik untuk semua kengkawan Rusma....
'LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH CERIA....'
Gambar dari kiri : Memey, Che Anis dan Kak Maziah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan