Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Rabu, 18 Mei 2011

MAHARAJA LAWAK........KE AKADEMI FANTASIA....

Hai semua.....


Mesti semua confius ape kene mengena Maharaja Lawak (ML) dan Akademi Fantasia (AF) kan dengan Rusma? Sebenarnya x de kene mengena pu tapi Rusma rasa bukan Rusma sorang jerk tapi sluruh rakyat Malaysia ni tengah demam AF dan ML ni. Sejujurnya Rusma sendiri pun salah sorang peminat program realiti ni.(huh!! sanggup tu x keluar malam hanya semata - mata nak tengok cite nih!)




Korang mesti mempunyai peserta pilihan sendiri kan! Rusma pun ade juga tau! kalu AF Rusma minat giler dengan Azri, Hazama dan Fina manakala ML pulak Rusma minat giler dengan kumpulan Jambu...(huh!tunang Rusma pun suke gile dengan kumpulan jambu sampai sanggup habis kredit puluhan ringgit semata - mata nak undi jambu k!)




Kalau ditanya mengapa Rusma suke gile dengan kumpulan Jambu ni......hm...... pertama sekali Rusma memang minat gile dengan Yus dari Raja Lawak tau! Ade jerk idea yang kadang kala tak terjangkau akal sehingga kering gusi gelak ye! Lawak yang brillian dan bernas tau. (huh!kalu Rusma nak cerita conform 5 hari 5 malam tak habis k!) Tiap - tiap minggu Rusma akan menantikan apakah persembahan lawak yang akan ditonjolkan!




Kalau AF pula sejujurnya walaupun ini adalah AF yang terakhir namun AF kali nih kurang menyengat namun kemasukan Hazama dan Fina membuat AF kali nih best sedikit. Rusma memang minat Hazama kerana dia setiap minggu menonjolkan persembahan yang konsisten dan mantop! bagilah lagu ape pun Insyaallah dia boleh lakukan.




Walau ape - ape pun rancangan realiti sekarang ini makin banyak dan terpulanglah pada kita nak minat sesape pun...hidup tanpa hiburan bagaikan malam tanpa bulan dan bintang....(ceh! bermadah pula Rusma ni kan!) ape - ape pun tepuk dada tanya Iman k!




Ape yang penting......"LALUILAH HIDUP INI DENGAN CERIA..."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...