Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Khamis, 19 Mei 2011

BOLING PADANG????

Hai Semua.....


Huh! tak tahulah sekarang ni mengapa Rusma agak liat untuk menaip coretan di sini kan? Nak kata busy????hm.....(asyik bagi alasan busy jerk kan! tapi ni bukan alasan tau!)Memang busy pun. By the way, dalam coretan kali ni Rusma nak berkongsi bersama - sama dengan semua tentang........BOLING PADANG!(atau dalam bahasa inggerisnya 'LAWN BOWLS'. Apa itu boling padang?


Boling padang ni cara permainannya lebih kurang sama dengan boling biasa, tetapi ade beberapa perbezaannya. Antara perbezaannya adalah tenpin boling biasa kita bermain di indoor lane(lorong) tetapi boling padang pula bermain di gelanggang/padang rumput. Sasaran bagi boling padang bukanlah menjatuhkan pin tetapi bola (atau dalam permainan ini dipanggil bol) yang terhampir atau dekat dengan jack(berwarna putih/kuning besarnya sebesar bola snooker). Rusma pun sejak berpindah di Sepang ni baru berjinak - jinak dengan sukan ni. Ini pun Rusma kebetulan join di dalam kelab Persatuan Boling Padang Sepang Perdana ni. Itu yang Rusma tetiba jatuh cinta dengan sukan ni. Nampak macam senang tapi ia memerlukan kepakaran dan skill yang tinggi. Ini kerana bukan mudah untuk mengagak lontaran (Eh bukan! meleret) bol menghampiri jack. Lagipun lontaran / leretan tersebut bukanlah lurus tetapi memerlukan kepakaran bukaan lengkungan leretan tersebut.(huh! macam dah mula pening ni!)


Jangan risau! sukan ni bukanlah ssesusah mane pun. Kalau kita selalu berlatih Insyaalah mahirlah kan! Oklah....di sini Rusma sertakan beberapa gambar mengenai sukan boling padang.


Ini adalah contoh lontaran....




Ini adalah alat pengukur.

Ini adalah bol dan jack.

Ini adalah contoh lontaran....

Ini adalah contoh lontaran....


Apa - Apapun......' LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA'

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...