Maaflah beberapa kebelakangan ni agak sibuk sikit.(Alasan yang sama...). Rusma bersama rakan - rakan daerah yang telah menghadiri satu kursus yang dinamakan.....'TEAM BUILDING'... Apa itu Team Building yek?
Team Building itu adalah jika di transelate(di terjemahkan ) adalah kursus kecermelangan diri.(agaknya kot!)huh! Banyak juga ilmu - ilmu yang dapat Rusma timba sepanjang 3 hari ni. Oh ya! Lupa pulak..Rusma berkursus di SELESA HILLSHOMES, Bukit Tinggi, Pahang. Tempatnya takdelah sesejuk mana tapi tenang dan jauh dari hiruk - pikuk kebisingan kota nih!( Walaupun Rusma bukanlah tinggal di Kuala Lumpur!hehehe...)
Sepanjang Kursus ini Rusma dapat mencungkil beberapa personaliti Rusma dan rakan - rakan yang selama ini tak tau pun kerektor dan kategori perangan masing - masing. Di samping itu juga bagaimana membaiki hubungan sesama rakan - rakan, pasangan, keluarga, saudara mara dan sesiapa sahaja yang bergelar MANUSIA....(orang ni kan macam - macam peelnye...)
Setiap orang mempunyai personaliti mereka yang tersendiri. Ada yang terlalu sensitif (nama manja pemulihara), tegas dan disiplin (nama manjanya penguasa), ade yang suka sangan menganalisa benda (nama manjanya pula pemikir) dan kalu Rusma pula dikategorikan sebagai gila - gila (nama manjanya seorang penghibur...hehehe....) Ade - ade saja....
Setiap kerektor mempunyai pro dan kontranya. Ialah tiada manusia di dalam dunia ini yang sempurnakan!(tau tak pe!) Tapi ape yang Rusma pastilah sepanjang kursus ni tak seminit pun Rusma tidur!(memang best giler fesi tu!) nanti di coretan yang akan datang Rusma tunjukkan antara gambar - gambar selama kursus tu k!
Akhir sekali......"LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIAAAA!!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan