Aku Dan Kamu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku Dan Kamu...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Label

Isnin, 12 Julai 2010

SELAMAT TINGGAL CHE ANIS......DAN SELAMAT BERJAYA....

12 Julai 2010


Wuah!!!! Semakin lama semakin pupuslah staf di unit ni..Bermula dengan Kak Maziah berpindah ke unit pentadbiran..lepas tu Mek @ Memey (Harnida) yang berpindah kerana dapat kerja tetap dan hari ni pulak Che Anis pula pindah juga dapat kerja tetap...(bile pula aku nak dapat kerja tetap ni!)
Walaupun Rusma baru 7 bulan di sini, tetapi Rusma dah rasa sayang seperti adik beradik dah! Jadi bile ada jerk yang pindah memanglah terasa sangat! Hm...walau apepun Rusma doakan yang terbaik untuk mereka.
Hah! ape yang rusma tak boleh lupa tentang Che Anis ni...dia seorang yang sangat pendiam dan memang susahlah nak dengar suara dia ni. Kadang kala Rusma rasa dia dengar ke? atau mukanya memang kalau orang salah anggap tak de perasaan...(jangan marah Che Anis!!!) Tapi bila dah kenal barulah tau dia memang macam tu! Seorang baik hati dan rajin berkerja...huhuhu... Dan sebelum Che Anis pindah, dia ade berikan semua staf hadiah sebagai kenang-kenangan...(ni yang buat Rusma sedih ni!!!)Terima kasih Che Anis!!!!
Rusma harap Che Anis berjaya dan gembira dengan tempat baru k! Rusma sentiasa doakan yang terbaik untuk semua kengkawan Rusma....
'LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH CERIA....'



Gambar dari kiri : Memey, Che Anis dan Kak Maziah...


Gambar hadiah dari Che Anis....(setelah dibalut!!)


Gambar Hadiah setelah dibuka....(Comelnye Che Anis!!)

PENGALAMAN YANG TAK DAPAT RUSMA LUPAKAN.....(ANTARA KERJA GILER!)

10 Julai 2010
Hai Semua....
Hm... Hari ni Rusma Seronok sangat sebab Rusma baru balik dari kursus ari tu... Pas tu makcik (Nana) ajak keluar dengan dia pergi jamuan makan-makan (ala-ala open house tapi versi sebelum raya...hihihih...!!!) di rumah dekan makcik ni.. Huh! banyak jugak makanan yang dihidangkan.. Antaranya kuew tiaw basah dan goreng ada, nasi beriani ada, kuih mueh ade dan menu utama kambing bakar... siap sekor kambing golek lagi! Tapi Rusma tak makan kambing..(giler...pitam Rusma nanti!)
Lepas selesainyer jamuan tu, Rusma dan Nana mula- mula cadang-cadang nak pergi Putrajaya ade pesta bunga....skali kitarang sesat...alih-alih kitarang pergi PAS (Plaza Alam Sentral tau!) Mula ingat nak belikan wallet untuk adik Rusma... Kebetulan di situ ade uji bakat rancangan Pilih Kasih. Rusma ni takdelah teringin pun nak pergi uji bakat tetapi atas cabaran oleh makcik ni, rusma pun daftarlah dan cuba-cuba menguji bakat diri sendiri.... Korang nak tau..!! Rusma terpilih untuk saringan kedua. Tapi Rusma tak tau bila saringan tersebut tau!(memang kerja giler!) Jika ade berita nanti Rusma coretkan di sini tau!
Itulah pengalaman Rusma yang tak dapat Rusma lupakan. Ape-ape pun Rusma doakan yang terbaik saja untuk rusma dan semua.... di sini rusma sertakan gambar-gambar untuk tatapan semua.... Apa yang penting sekali.... 'LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA'.....


Gambar Rusma berposing di dalam kereta sebelum bertolak ke PAS


Gambar Rusma bersama Artis masa uji bakat ....


Gambar 'bukti' nombor uji bakat Rusma

Rabu, 7 Julai 2010

KURSUS....KURSUS...KURSUS......(Di INSTUN,Behrang,Perak)

5 Mei - 8 Mei 2010

Hai semua...
Mesti korang pelikkan mengapa ade tarikh siap 3 hari kan! Sebenarnya pada tarikh ni Rusma telah menjalani kursus komputer (microsoft Excel 2007) di INSTUN. Sebenarnya Rusma dah lama tidak berkursus di sini. rindu pulak rasanya.(last pun tahun lepas...)
Bagi Rusma berkursus adalah masa bercuti kerana masa berkursusnilah Rusma tidak diganggu dengan kerja-kerja di ofis(tu yang aman..huhu!!) Tapi yang tak bestnye rusma pergi seorang jerk!! Tapi okeylah jugak at list Rusma telah berjumpa dengan kengkawan yang baru dan rakan sekursus yang pernah datang INSTUN tahun lepas.
Sampai-sampai jerk Rusma telah berkenalan dengan rakan sebilik Rusma dari LPPKN PERAK, dan namanya Anis Azila. Alhamdulillah seronok jugaklah roommate Rusma ni. Sekepala jugaklah!
Di sini banyak gak lah Rusma berlajar selok belok penggunaan Excel ni. Bukannye Rusma tidak pandai tapi Rusma ni gila ilmu....(suka mencari ilmu!!) Dan ini menjadikan kerja Rusma menjadi lebih mudahlah bile balik di Sepang nanti.
Oh ya!! Lupa pulak di sini Rusma tinggal di hostel ala-ala hotel. di sini jugak ade TV, Seterika, jug masak air, toilet yang bersih dan yang penting sekali ade mesin basuh(takdelah Rusma bawak baju kotor balik umah yek!!!hihihihi....)hm...Bab sukan pun ade disediakan...court badminton, bola tampat, padang bola dan juga kolam renang. Jangan tak tahu perpustakaan pun ada. Pendek kata memang best giler!!!!
Banyak pula Rusma bercerita. Hm...kalau nak bercerita pengalaman Rusma di sini memang tak cukup tempatlah Rusma nak taip.Oh ya! Rusma lupa lagi.... Rusma nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf-staf INSTUN yang memberi layanan mesra dan baik terutamanya kepada En. Izwan, cik Nurul, Cik syazwani dan En. Sulaimi kerana sudi mengajar kami semua...
Bila time kami nak balik, kami rasa macam berat jerk. Ini disebabkan kami dah rapat macam adik-beradik..(Rusma sayang korang....Ahu, Kak Zetty dan Anis...) Tapi apa yang penting....'LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA....'
Ini antara gambar-gambar yang sempat Rusma pamerkan untuk tatapan semua....


Gambar kami 'Empat Sekawan'...kak Zetty, Ahu, Anis dan Rusma...


Gambar Rusma di dalam kelas....
Gambar Anis dan suasana di dalam kelas Rusma...
Suasana semasa di dalam kelas...


Gambar Ahu dan Kak Zetty..


Gambar di dalam bilik hostel...


Gambar di dalam bilik hostel....



Gambar di dalam bilik hostel.....

Sabtu, 3 Julai 2010

PERISTIWA YANG PENTING DI DALAM HIDUPKU............

SEPANJANG BULAN APRIL....



Hm....macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang bulan April ni. ada kenangan pahit dan ada juga kenangan manis...(Kenangan lucu pun ada gak!)


Sebenarnya rusma dah lama tak mengerjakan blog ni....yerlah sejak dua menjak ni ada je hal penting terjadi....(tu yang dah lama tak update blog ni...hihihihi!! ingat terbengkalai kan...)Sorrylah kalu korang buka - buka jerk tiada cerite baru kan!!!


Hah!! Sepanjang bulan ni macam-macam hal yang berlaku. Antaranya Rusma dah dapat anak buah baru.....(jadi makciklah kan....) Nama anak buah Rusma ni MOHD IZZ IQBAL BIN KHALID....Tapi kitarang panggil Izz jerk! hish!! Tak sangka dah jadi makcik...Anak buah Rusma ni comel sangat(biasalah baby kan!) tembam sangat...(nak jerk Rusma cubit-cubit jerk pipi dia!) Ni yang buat rindu ni.....


Di bulan ni jugak Rusma kehilangan insan yang pernah menjaga Rusma pada masa kecil iaitu EN.RUHMAN.... a.k.a 'PAKLONG' yang pergi buat selama-lamanya....(kalau nak cerita lagi....boleh baca di kenangan...)

Hm... korang mesti pelikkan tetiba ade gambar Rusma dengan artis ni kan...(dah lah pakai baju kurung....hehehehe...) Mase tu ofis Rusma (bendahari negeri a.k.a BN) buat dinner di Holiday Villa di Subang Jaya. Ade beberapa artis jemputan antaranya Abang Freedo, Zarina AF3, Abang Roslan Shah, Zehra Zabri, Ameng Spring (tapi dah balik awal.....) dan juara Anak Wayang musim pertama iaitu Zairi..(kalau tak silaplah...hehehehe..!!!!)huh!! Persembahan mereka memang terbaiklah terutamanya Abang Freedo dan Ameng..... memang best giler lah. Siap Abang Freedo berduet ngan Datuk Arif....

Bulan ini juga banyak kenangan di antara Rusma dan Abang.... Dan buat pertama kalinya Abang membawa Rusma berjumpa dengan Saudara-mara Abang di Perak. Kebetulan ade kenduri kawin sepupu di sebelah arwah ayah abang. Jadi sekalilah berjumpa dengan saudara di sebelah ibu Abang juga di Perak.(gementarlah jugak tu!) Alhamdulillah Diarang boleh terima Rusma seadanya.... Ini ada beberapa gambar untuk tatapan semua.... Apa yang penting......LALUILAH KEHIDUPAN INI DENGAN CERIA...




Gambar Rusma bersama Freedo dan Roslan Shah



Gambar Rusma bersama Artis jemputan...




Gambar Rusma bersama Abang dan Izz




Gambar bersama Rusma dan Izz



Gambar Rusma bersama Abang


Gambar Abang dengan posing 'baek punya"....

Khamis, 1 Julai 2010

AKHIRNYA.....HARI PERTUNANGANKU.......

9 MEI 2010


Assalamualaikum......


Dah lama Rusma tak update blog ni kan!bukan aper....Selama 2 bulan ni Rusma agak (bukan agak lagi!)memang sibuk pun. Terutamanya tarikh nie Rusma sibuk membuat persiapan pertunangan di antara 'Rusma dan Hizam'....
Sebenarnya Rusma bagaikan tak percaya jerk...(dalam hati rasa betul ke aku dah nak bertunang???)hahahaha....Lagipun Rusma dan Insan yang dipanggil 'Abang' tu baru beberapa bulan jerk kenal...Tentu Rusma rasa macam mimpi..
Majlis pertunangan Rusma telah dirancang sejak bulan Februari lagi. Sebenarnya family Rusma tak mahu Rusma berkawan ke sana kesini berdua-duaan tak tentu hala. So family Rusma dan Family Abang dah sepakat nak tunangkan kami secepat yang mungkin...So...Kami dah bersetuju buat majlis tunang tu pada 1hb Mei 2010....Tetapi oleh kerana beberapa kesulitan kitarang terpaksa menunda tarikh tersebut kepada 9 Mei 2010....
Majlis pertunangan tu Rusma buat secara kecil-kecilan....hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai yang terdekat sahaja. Bukan majlis kahwin pun..Hm..Warna tema hantaran pula pihak lelaki berwarna hitam dan putih(mentang-mentanglah Abang tu dari Pahang! warna pun nak ikut bendera negeri Pahang!!)hehe....dan Rusma pula seperti sedia maklum bukan warna unggu tetapi warna pink putih..(sebenarnyer rusma dah tempah baju tunang awal-awal sebelum bincang pasal tunang pun!hehehe...)
Hantaran pun dah bincang pihak lelaki 7 dan pihak perempuan sembilan.....alih-alih mase tunang tu pihak lelaki bawak 12 dulang!!!(banyak tu!!!saper nak jawab???)Alasannya ramai kengkawan yang sponsor....tu yang terlebih tu.
Sebernarnya masa pertunangan tu Rusma x dengar pun aper yang mereka bincang pun. Iyer lah Rusma kene kuarentin di blik atas dan Abang pulak tak dibenarkan masuk..tapi ader gak jenguk-jenguk kat bawah.(nak jugak tahu kan!)oh ya!pihak lelaki bertolak dari Pahang pada pukul 8 pagi dan sampai di rumah Rusma pada pukul 1.00 Petang. (diarang sesat, tu yang lambat!!!) Rombongan Abang datang 13 buah kereta dan yang lebih Rusma terharu ibunda Abang pun sanggup datang walaupun berkerusi roda. (Emak abang sakit...)
Mase perbincangan tu dalam hati Rusma ni usahlah nak kata.....macam-macam perasaan ader. Hm...rasa berdebar-debar,gemuruh, takut, seram sejuk pun ader.....
Setelah mencapai kata sepakat, Rusma di panggil ke bawah untuk acara sarung cincin.... Mula-mula nak dilakukan kat pelamin yang disediakan.... alih-alih disebabkan Emak Abang tak mampu berjalan, jadi Rusmalah terpaksa pergi ke arah Emak Abang untuk disarungkan cincin.
Alhamdulillah....bersyukur kehadrat Allah majlis tersebut berjalan seperti dirancangkan.Terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan majlis ini. Di bawah adalah antara gambar-gambar untuk tatapan semua........



Emak Abang Dan Rusma selepas Acara Pertunangan dan barangan hantaran Pertunangan Rusma....


Rusma di pelamin mini......Rusma dan Abang bersama-sama hantaran (selepas tunang)


Rusma dan abang...(nilah Abang..) dan Gambar Rusma bersama Saudara mara


Inilah cincin tunang dan risik Rusma.....dan acara penyarungan cincin oleh ibu Abang...


Gambar hantaran Rusma dan Pelamin



Antara Hantaran Rusma untuk Abang



Antara hantaran Rusma untuk Abang


antara hantaran Rusma untuk Abang


Antara hantaran Rusma untuk Abang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...